PERSAHABATAN GERAK TAPAK TUNGGAL " MENJADI MANUSIA YANG BERILMU SERTA BERAKHLAK SECARA JASMANI DAN ROHANI "

VISI & MISI PERSAHABATAN GERAK TAPAK TUNGGAL

VISI :

* Mewujudkan Insan yang Beriman kepada ALLAH swt dan mencintai perdamaian, berbudi baik dan suci secara lahir dan batin


MISI: :  

*  Mempererat tali persaudaraan dan kekeluargaan antar sesama anggota dan dengan                         masyarakat luas.

*  Menata "QOLBU" anggota agar menjadi manusia yang berhati bersih, jujur dan mulia.

* Mengajarkan dengan " Bela Diri Doa" Agar menjadi Insan yang sehat rohani / jasmani.

* Mengajarkan dengan "Ilmu Pengobatan Alternatif" agar menjadi insan dapat membantu menyembukan penyakit secara lahir batin

Prinsip dan Rukun PG. Tapak Tunggal ( I )

Assalamualaikum Wr.Wb

           Seperti tajuk yang tertera seperti yang di atas, makanya, Amalan PG. Tapak Tunggal  yang sedang kita menanggung ini adalah merupakan suatu keilmuwan yang mempunyai tujuannya tersendiri. Bila dikatakan ianya mempunyai tujuan, sudah tentu ianya mempunyai alamat yang perlu dicapai. Setiap perkara di dunia ini mempunyai alamat yang tertentu sesuai dengan keadaan dan juga kehendak perkara itu, contohnya anda bekerja untuk apa... sudah tentu untuk mendapatkan uang bagi perbelanjaan keluarga, untuk menaiktaraf kehidupan anda dan sebagainya. Begitu juga mengapa anda makan dan minum, alamatnya adalah untuk menghilangkan fitrah lapar dan dahaga, untuk menjaga kesehatan, supaya mendapat tenaga dari zat makanan tersebut. Atau mengapa perlu anda tidur, sudah tentu alamatnya untuk menghilangkan keletihan, mendapat rehat secukupnya, segar dihari kemudian, dan juga berkaitan dengan kesehatan mental dan fikiran. Oleh kerana manusia itu fitrahnya dijadikan sebagai makhluk 'berkehendak', maka setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini adalah pasti tertakluk di bawah alamat dan tujuan yang perlu dicapai dengan apa yang kita usahakan.

           Di setiap organisasi yang diwujudkan di dalam dunia kita ini, kesemuanya mempunyai alamat dan tujuan, malah mempunyai prinsip dan juga rukun (Teras) yang perlu diikuti oleh ahli-ahli naungannya. Apakah alamat penumbuhan, tujuan yang perlu dicapai, prinsip yang harus dipegang dan diikuti, juga sesetengahnya yang mempunyai rukun-rukun atau digelar teras dan punca awal sehingga tertubuhnya sesebuah pertubuhan atau sesebuah organisasi tersebut. Jika diistilahkan dari sudut bahasa, matlamat, rukun dan prinsip mempunyai maksud-maksudnya yang tersendiri...


MATLAMAT : Matlamat membawa maksud suatu perkara atau TUJUAN atas usaha dan daya atau PERKARA YANG INGIN DICAPAI setelah melakukan sesuatu atau suatu perkara yang menjadi HASIL DARI USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN.

PRINSIP : Prinsip pula membawa maksud perkara-perkara yang mana menjadi PEGANGAN atau apa yang dijadikan KEFAHAMAN dimana ianya membezakan CARA atau SIFAT dari seseorang atau sesuatu prinsip yang dipegang oleh orang lain.

RUKUN : Rukun pula membawa maksud TERAS atau SUATU SIRI yang sebenarnya merupakan UNDANG-UNDANG perkara yang MEMPUNYAI KETERTIBAN dimana ianya harus DILAKSANAKAN dan dijadikan PANDUAN bagi sesuatu perkara yang menjadi prinsip atau PEGANGAN.



          jadi jelaslah di sini bahawa perbedaan-perbedaan yang terdapat pada tiga ungkapan itu yang mana ianya membawa maksud dan pengistilahan yang berlainan diantara satu sama lain. Di dalam Keilmuwan PG. Tapak Tunggal  itu sendiri juga terdapat nya ketiga-tiga perkara tersebut dimana ianya harus dipegang oleh ahli-ahli tapak tunggal antara mereka sedar ataupun tidak malah ianya sangat penting dalam memahami apa sebenarnya amalan yang sedang dipelajari dan yang sedang kita menanggung ini.

             Menurut kajian penulis selama bertahun-tahun, TUJUAN PG. Tapak Tunggal ialah hanya ada 1, manakala PRINSIP PG. Tapak Tunggal pula ada 3... dan RUKUN dalam PG. Tapak Tunggal pula berjumlah 5 kesemuanya... Sebelum hamba coba menghuraikan kesemua perkara-perkara tersebut, adalah lebih baik penulis coba menjelaskan kekeliruan diantara PRINSIP dan RUKUN itu sendiri.

             sehingga ke hari ini, ramai dikalangan ahli PG. Tapak Tunggal itu sendiri hanya berpegang dan mempercayai bahawa terdapatnya 5 prinsip dalam PG. Tapak Tunggal. Apa kandungan prinsip itu semua adalah benar sama sekali. Tetapi kekeliruan kecil itu hanyalah atas kerana perkataan tersebut adalah kurang sesuai dengan isi perkara tersebut. yang sepatutnya 5 perkara prinsip itu sebenarnya ialah RUKUN PG. Tapak Tunggal bukannya PRINSIP PG. Tapak Tunggal  .. kerana apa???



kerana 5 isi perkara yang dikatakan PRINSIP itu sebenarnya ialah RUKUN jika dilihat dari 'isi kandungan' rukun itu sendiri.



contoh RUKUN islam:

1. Mengucap dua Kalimah Syahadah
2  Mendirikan Sholat
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Membayar zakat
5. Mengerjakan haji ke Mekah bagi yang mampu

contoh RUKUN umum:

1. ALLAH SWT
2. Berbakti Kepada kedua Orang Tua
3. Menghargai Pembimbing atau Pengajar
4. Mengamalkan Untuk Kebaikan
5. Menjaga Rahasia dan Menjaga Nama Baik PG. Tapak Tunggal
6. Setiap Persahabatan Gerak Tapak Tunggal ialah saudara
------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dari keterangan di atas, maka, dapatlah dibuat kesimpulan, bahawanya PRINSIP PG. Tapak Tunggalyang 5 yang selama ini dipegang oleh ahli-ahli PG. Tapak Tunggal adalah merupakan RUKUN atau TERAS PG. Tapak Tunggal yang sebenarnya. Seperti uraian di atas, Maka atas sebab itu maka ungkapan RUKUN perlulah digunapakai bukannya PRINSIP.. tetapi terpulanglah pada mana-mana individu atau persatuan jika masih ingin menggunapakainya, ianya hanyalah kekeliruan kecil sahaja yang langsung tak memberikan apa-apa impak negatif kepada Amalan PG. Tapak Tunggal itu sendiri. tetapi mungkin salah dari segi undang-undang bahasa atau penggunaan ayat atas sesuatu perkara tersebut sahaja.


Kenapa PG. Tapak Tunggal mempunyai MATLAMAT??? atau wujudkah MATLAMAT dalam PG. Tapak Tunggal??

jawapan bagi persoalan itu ialah YA.. ianya memang WUJUD dan sepatutnya ADA.. kerana bagi setiap makhluk sendiri pun perlukan MATLAMAT dalam kehidupan mereka, hatta haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Bagi perkumpulan atau pertubuhan dan organisasi pula mestilah mempunyai MATLAMAT dalam apa yang mereka juangkan dan perkenalkan.. MATLAMAT itu merupakan TUJUAN. Samalah seperti amalan PG. Tapak Tunggal itu sendiri, mungkin ramai yang tidak sedar akan pokok perkara ini. Ada yang hanya belajar dan jadi ikut-ikutan. ada yang belajar dan mendalami. Ada yang tak belajar tetapi dah pun memahami Matlamat amalan PG. Tapak Tunggal  itu tadi, malah ada juga yang tak tahu pun apa MATLAMAT sebenar PG. Tapak Tunggal dari amalan Jurusan, Isi pokok Badan, dan sebagainya itu apa sebenarnya yang mereka perlukan dan kejarkan mengapa mereka perlu buat itu semua, apa hasil yang diperolehi dengan berbuat demikian dan sebagainya... 


Untuk apa PRINSIP dalam PG. Tapak Tunggal?? perlu ker PRINSIP dalam PG. Tapak Tunggal dalam kehidupan sehari-harian??


Prinsip dalam amalan PG. Tapak Tunggal amatlah perlu dalam kehidupan kita sebagai pengamal PG. Tapak Tunggal, kerana tanpanya ibarat kita tiada PEGANGAN dalam mana kita mengamalkan keilmuwan PG. Tapak Tunggal ini. PEGANGAN dan KEFAHAMAN yang kita pegang itu tadi bukanlah diada-adakan tetapi lebih kepada suatu perundangan atau 'guide-line' supaya kita lebih berhati-hati dalam segala perilaku dan tindakan kita demi menjaga PEGANGAN atau PRINSIP kita itu. Jika bahasa remaja, orang yang tiada PRINSIP atau PEGANGAN dalam kehidupan seperti orang yang 'main langgar' ajerr, macam tu lah jadinya jika kita tiada PRINSIP dalam PG. Tapak Tunggal  apatah lagi dalam kehidupan kita sehari-hari. Prinsip dan Pegangan dan juga fahaman kita itu tadi sangat-sangat berkait rapat dengan MATLAMAT dan TUJUAN yang hendak dicapai.


RUKUN PG. Tapak Tunggal?? kenapa perlu dinamakan RUKUN PG. Tapak Tunggal??

RUKUN juga ialah perkara yang perlu dan WAJIB kita terapkan dalam kehidupan kita sehari-harian, contohnya seperti RUKUN sembahyang ada peraturan-peraturannya tersendiri. RUKUN merupakan UNDANG-UNDANG. Malah RUKUN atau TERAS amalan PG. Tapak Tunggal itu sendiri sangatlah penting dan paling UTAMA sekali kerana ianya merupakan 'core' bagi amalan PG. Tapak Tunggal  . RUKUN perlu ada dalam mengharungi keilmuwan PG. Tapak Tunggal  ini malahan RUKUN jugalah yang menjadikan PG. Tapak Tunggal  itu suatu aturan yang konkrit. Mengapa ianya dipanggil RUKUN, contohnya seperti RUKUN HAJI, dimana semua RUKUN haji perlulah diikuti dan diyakini malah mengikut peraturan atau UNDANG-UNDANGNYA yang telah ditetapkan patah lagi jika salah satu RUKUN haji itu tertinggal, maka, tidak sempurnalah amalan Haji nya atau boleh terbatal.. Begitu juga dengan amalan PG. Tapak Tunggal dimana ianya mempunyai RUKUN tersendiri dan jika tidak diikuti RUKUN itu, atau tertinggal, maka tidak sempurnalah amalan PG. Tapak Tunggal nya.




MATLAMAT PG. Tapak Tunggal
MENGHINDARKAN DIRI DARI SEGALA KEDZALIMAN (YANG NYATA ATAU TIDAK NYATA)

PRINSIP GERAK TAPAK TUNGGAL
-MERENDAH DIRI / TIDAK RIYA / SABAR / TIDAK TAKABUR
-MANFAATKAN ILMU UNTUK KEBAIKAN
-TONJOLKAN SIFAT-SIFAT TERPUJI (TIDAK BERSANGKA-SANGKA)

RUKUN PG. Tapak Tunggal

-SENAM / JURUSAN
-NAFAS
-PENGISIAN / BAIT’AT
-MAKRIFAT
-KEYAKINAN / YAKIN



------------------------------------------------------------------------------------------------------------



       Jadi jelaslah bahawa setiap manusia mestiah mempunyai MATLAMAT, PRINSIP DAN RUKUN dari segi kehidupan, kewangan, ekonomi, perjuangan hidup malah bukan hanya pada orang perseorangan tetapi juga pada mana-mana pertubuhan atau perkumpulan orang yang sedang mempelajari, menurunkan dan memperkembangkan amalan PG. Tapak Tunggal  itu. Mungkin ada diantara ahli yang mempertikaikan apa yang hamba huraikan misalnya kenapa MATLAMAT PG. Tapak Tunggal macam itu, kenapa PRINSIP PG. Tapak Tunggal macam itu, kenapa RUKUN PG. Tapak Tunggal macam itu?? Jadi penulis akan berkongsi dengan lebih lanjut dan mendalam tentang setiap satu apa yang terkandung di dalam Isi kandungan MATLAMAT, PRINSIP DAN RUKUN PG. Tapak Tunggal :



MATLAMAT  PG. Tapak Tunggal
:: MENGHINDARKAN DIRI DARI SEGALA KEDZALIMAN (YANG NYATA ATAU TIDAK NYATA) ::


        Jadi maksudnya di sini ialah mengapa kita berjurus??? Mengapa perlu isi pokok badan??? pernahkah anda terfikir atau terlintas di fikiran anda tentang persoalan-persoalan begini??? Jawapan bagi persoalan tersebut Itu ialah kerana.. seperti maksud MATLAMAT amalan PG. Tapak Tunggal itu sendiri ialah 'MENGHINDARKAN DIRI DARI SEGALA KEDZALIMAN (YANG NYATA ATAU TIDAK NYATA). Jadi yang sebenarnya apa yang semua ahli PG. Tapak Tunggal kejarkan ialah MATLAMAT itu. manusia makan, minum, beribadat, bekerja dan berhibur mempunyai MATLAMAT dan tujuan-tujuannya tersendiri. Apakah kita hanya suka-suka tidur, atau suka-suka makan? begitu jugalah dengan amalan PG. Tapak Tunggal. jika tidak, maka sia-sialah sahaja usaha yang kita 'amalkan' selama ini jika kita tiada matlamat dan amalan PG. Tapak Tunggal itu sendiri tiada MATLAMAT yang perlu dicapai. Jadi tUJUAN sebenarnya yang kita lakukan dan beramal dengan amalan PG. Tapak Tunggal adalah berTUJUAN untuk 'menghindarkan diri dari segala keDzaliman',. Fitrah manusia itu saling Zalim menzalimi, maka fitrah manusia juga dijadikan mahu terhindar dari kezaliman yang mendatang dan ingin mencari suatu perlindungan secara zahir ataupun batin, kerana sesetengah manusia yang suka melakukan kerosakan dan kezaliman, maka wujud pula golongan sesetengah manusia yang mahukan perlindungan dari kerosakan dan kezaliman itu. Maka, telah JELAS bahawa MATLAMAT dan tUJUAN beramal dengan amalan PG. Tapak Tunggal itu adalah 'menghindarkan diri dari segala kezaliman'.



PRINSIP  PG. Tapak Tunggal
:: MERENDAH DIRI / TIDAK RIAK / SABAR / TIDAK TAKABUR ::
:: MANFAATKAN ILMU UNTUK KEBAIKAN ::
:: TONJOLKAN SIFAT-SIFAT TERPUJI (TIDAK BERSANGKA-SANGKA) ::


                 Sebagai pengamal PG. Tapak Tunggal  atau yang telah memahami konsep yang terdapat dalam PG. Tapak Tunggal itu sendiri, maka sepatutnyalah dia perlu mempunyai suatu PRINSIP sebagai seorang pengamal  PG. Tapak Tunggal . apabila sahaja anda telah bergelar seorang ahli maka yang pertama sekali ialah sifat MERENDAH DIRI perlu ada atau bahasa lainnya TIDAK TAKABUR. Maksud takabur di situ bukanlah hanya tergolong pada percakapan, malah tutur kata, pengucapan, tingkah laku, perbuatan, sifat diri, dan sebagainya.. semua itu perlulah dijaga supaya kita mempunyai ciri-ciri sebagai seorang ahli PG. Tapak Tunggal yang benar-benar memahami konsep dalam PG. Tapak Tunggal. Malah sebagai seorang pengamal PG. Tapak Tunggal, apabila anda bersifat tidak RIAK atau TAKABUR secara tidak langsung anda perlulah ada SIFAT KESABARAN di dalam diri, itu merupakan permulaan bagi seorang yang merendah diri dan tidak RIAK dengan amalan yang dibawa.


                  Selain itu, Prinsip yang perlu dipegang oleh pengamal-pengamal PG. Tapak Tunggal ialah MEMANFAATKAN ILMU UNTUK KEBAIKAN, sama ada untuk kebaikan diri, keluarga, saudara mara, sahabat handai, sesiapa sahaja dan untuk sejagat. Dengan ILMU yang diperolehi, malah tidak TAKaBUR dan RIAK dengan amalan yang dimiliki, secara automatiknya dan sepatutnya pengamal PG. Tapak Tunggal itu dapat memanfaatkan amalan untuk dirinya. Bukan untuk mencari fasal dengan orang lain, bukan untuk ditunjuk-tunjuk kemegahan diri yang mempunyai ilmu di dada yang cuma merupakan pinjaman yang dipinjamkan oleh Allah S.W.t kepada kita untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya. Dengan memanfaat Ilmu untuk kebaikan juga menjadikan kita berasa bahawa Ilmu yang kita bawa dan tuntut itu adalah sebuah ilmu yang tinggi nilai harganya, malah dapat digunakan dan dimanfaatkan bagi diri dan juga orang lain yang memerlukan. 



              Sebagai pengamal PG. Tapak Tunggal, cuba sedikit sebanyak mengubah diri anda untuk TONJOLKAN SIFAT-SIFAT TERPUJI di dalam diri. Apabila Prinsip pertama dipegang iaitu tidak Takbur atau Riak, dan Prinsip kedua juga jadi pegangan iaitu memanfaatkan ilmu ke arah kebaikan, Insyaallah secara automatiknya pula, Prinsip ketiga akan muncul dengan sendirinya, iaitu MENONJOLKAN SIFAT-SIFAT TERPUJI. Maksudnya disini, segala tingkah laku, perbuatan, sifat dan keadaan diri menampakkan sifat-sifat terpuji yang disenangi oleh rakan-rakan atau keluarga. tidak cantiklah kalau orang awam nampak pengamal PG. Tapak Tunggal yang berada di kelab-kelab malam atau mencari fasal dan bergaduh dengan orang awam, atau yang seumpama dengannya. Dari situ sahaja dah menunjukkan sifat-sifat negatif dan mungkin kerana sebilangan ahli-ahli yang sebegitu mungkin akan menjadikan bukan hanya individu tersebut, malah nama amalan PG. Tapak Tunggal itu sendiri akan terus di cop sebagai amalan yang tidak benar kerana tidak nampak langsung sifat-sifat terpuji yang ditonjolkan dengan beramalan dengan PG. Tapak Tunggal. Lebih malang lagi bersifat Bersangka-sangka sesama manusia, merasa diri 'perfect' hinggakan bersangka buruk dengan orang lain yang mungkin tidak sesempurna diri sendiri yang disangka cukup sempurna bagi pandangan mata sendiri. Maksud TONJOLKAN SIFAT-SIFAT TERPUJI bukanlah disuruh anda menjadi 'alim' secara tiba-tiba.. pakai serban atau jubah secara tiba-tiba walhal ianya bukan pakaian anda sehari-hari, maksud di sini ialah anda cOba sedikit sebanyak berobah mungkin dari perkara-perkara yang terlampau keji kepada perkara-perkara yang mungkin elok sedikit dan boleh diterima.. contohnya, selama ini kuat menipu pelanggan, coba jadi seorang yang jujur sedikit sebanyak, selama ini suka menimbulkan perbalahan dengan rakan sekerja misalnya, coba bergaul dengan semua orang, terima pendapat orang lain, supaya pendapat kita pun boleh diterima pakai, selama ini suka cakap besar tidak mahu mengalah, cuba jadi seorang yang merendah diri menampakkan diri kita sebagai seorang pengamal PG. Tapak Tunggal  yang sentiasa merendah diri dan bersabar dalam segala perbuatan dan banyak lagi boleh dilakukan untuk MENONJOLKAN SIFAT-SIFAT TERPUJI pada diri

Untuk RUKUN PG. Tapak Tunggal akan disambung pada posting akan datang dibawah tajuk yang sama pada siri kedua nanti Insyaallah. RUKUN adalan ASAS atau TERAS dalam amalan PG. Tapak Tunggal itu sendiri, dan ianya perlu dihuraikan satu persatu untuk kefahaman semua Insya Allah. ‘

Prinsip dan Rukun PG. Tapak Tunggal ( II )


       seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, maka 5 perkara di dalam RUKUN itu ialah dimana ianya sepatutnya perlu berada di dalam suatu turutan atau urutan dimana yang mana perlu dimulakan dahulu dan yang terkemudian, kerana ianya merupakan suatu perjalanan dan didikan pada diri seseorang. jika dilihat pada RUKUN Islam, RUKUN iman, RUKUN Haji dan pelbagai lagi RUKUN dimana semua itu berada dalam suatu urutan perkara-perkara yang perlu didahului dahulu. Dalam amalan PERSAHABTAN G ERAK TAPAK TUNGGAL yang seperti semua atau kebanyakan ahli ketahui bahawa terdapatnya 5 RUKUN yang perlu diketahui secara tidak langsung apabila anda bergelar seorang ahli. yaitu:


1. SENAM / JURUSAN
2. NAFAS
3. PENGISIAN / BAIT’AT
4. MA'RIFAT
5. KEYAKINAN / YAKIN


1. SENAM / JURUSAN

              JURUSAN diletakkan pada tangga ke-dua dalam RUKUN PG. Tapak Tunggal ialah kerana selepas ahli itu telah selesai melalui  PENGISIAN, maka selepas itu mereka akan diajar atau ditunjukkan dengan cara-cara atau teknik-teknik khas yang dipanggil JURUSAN. JURUSAN merupakan suatu perbuatan atau gerak jurus yang tertakluk di bawah undang-undang JURUSAN yang diset sebagai suatu latihan atau amalan yang perlu dilakukan berterusan (dijadikan amalan).  teknik-teknik JURUSAN juga kebiasaannya akan diajar berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian masa, kebolehan si pengamal dan kecepatan ahli itu sendiri menerima tunjuk ajar teknik JURUSAN itu tadi (cepat tangkap).


2. NAFAS
Selepas ahli itu tadi diajar teknik-teknik JURUSAN, maka disamping itu diselitkan dengan teknik-teknik pernafasan yang betul, cara-cara keluar masuk NAFAS dan tujuan NAFAS itu disalurkan dan disampaikan. 
latihan NAFAS perlulah diiringi dengan tatacara teknik JURUSAN itu tadi dimana terdapatnya perbezaan gaya perNAFASan dari setiap JURUSAN tersebut. Ianya terletak di tangga ke-tiga RUKUN PG. Tapak Tunggal.


3.     PENGISIAN / BAIT’AT 



           PENGISIAN atau BAIT’AT  adalah merupakan perkara sangat penting yang ada pada urutan RUKUN PG. Tapak Tunggal.  Jika tiada PENGISIAN PERSAHABATAN GERAK TAPAK TUNGGAL yang dilakukan dan terus-terusan melakukan JURUSAN dan sebagainya, maka, tidak sempurnalah sesuatu amalan PG. Tapak Tunggal. Ianya ibarat tidak 'training' terus main bola bagi pemain bola Professional atau keluar rumah berjalan di shopping complex tanpa berpakaian. PENGISIAN adalah merupakan salah satu perkara yang sebenarnya sama tetapi yang membeDakan ianya hanyalah, PENGISIAN ialah perkar dimana seorang GURU atau individu dengan kepandaiannya akan mengaktifkan HAQ di dalam diri para pengamal. Maksud ISI POKOK BADAN pula ialah dimana seseorang pengamal itu tadi melakukan sendiri pengekalan NUR HAQ yang telah diaktifkan kali pertama dan ianya boleh diibaratkan sebagai suatu bacaan 'doa' harian untuk kesejahteraan diri yang selalunya diHARUSkan lakukannya pada setiap hari .

4. MA'RIFAT

        MAKRIFAT bermaksud 'penumpuan hati' atau 'membayangkan' atau 'coba merealitikan' sesuatu perkara dimana memerlukan kekuatan imaginasi yang mana 'pembayangan' itu dianggap benar-benar wujud dan coba 'diwujudkan'. Setelah ahli itu mempelajari teknik-teknik JURUSAN, maka selepas itu disertakan dengan cara perNAFASan yang betul dan tertib, selepas itu barulah ahli itu tadi diajar bagaimana memusatkan 'hentaman-hentaman' JURUSAN itu pada bayangan yang mereka MAKRIFATkan. terpulang kepada imaginasi masing-masing, ada yang MAKRIFATkan lembaga hitam, lembaga putih, seseorang yang dikenali, diri sendiri atau juga hanya satu titik tidak berwarna. MAKRIFAT juga dicipta membayangkan pelbagai perkara seperti NUR yang keluar seperti pancaran laser atau pengembangan NUR dalam diri.  MAKRIFAT sangat penting dalam memperlengkapkan diri seseorang pengamal sebagai persediaan menggunakan atau mengaplikasikan JURUSAN dan NAFAS yang telah diajar sebelum ini. MAKRIFAT terletak di tangga ke-empat RUKUN PG. Tapak Tunggal

5. KEYAKINAN / YAKIN
           Dalam amalan PG. Tapak Tunggal, yang sebenarnya jika diikutkan pada yang sebenarnya, YAKIN perlulah berada pada tangga pertama RUKUN PG. Tapak Tunggal. Tetapi mengapa ianya terletak pada tangga terakhir atau ke-5 dalam RUKUN PG. Tapak Tunggal itu ialah disebabkan oleh KEYAKINAN kebiasaannya akan datang setelah ahli-ahli itu tadi sedikit-demi sedikit mempelajari amalan PG. Tapak Tunggal ini dari perkara PENGISIAN, selanjutnya belajar teknik JURUSAN, penggunaan NAFAS yang betul dan MAKRIFAT yang tepat maka barulah KEYAKINAN itu akan datang sendirinya dalam diri para pengamal PG. Tapak Tunggal itu. jadi kerana itulah ianya amat relevan berada pada tangga terakhir dalam RUKUN PG. Tapak Tunggal. dalam apa jua perkara pun di dunia ini KEYAKINAN adalah suatu perkara yang amat penting apatah lagi dalam mempelajari keilmuwan-keilmuwan RAHSIA yang kita sendiri ingin singkapkan. Malah ada antara pengamal PG. Tapak Tunggal yang mahu ditunjukkan BUKTI NYATA barulah mereka mahu meYAKINi PG. Tapak Tunggal itu sebagai suatu amalan yang cukup tinggi TARAFnya.


** Salah satu RUKUN dalam PG. Tapak Tunggal tiada maka, tidak sempurnalah amalan PG. Tapak Tunggal nya. contohnya jika ada Pengisian, Jurusan, Nafas, Makrifat tetapi seorang pengamal itu tidak adanya Yakin, maka, ibarat terbatallah perjalanan RUKUNnya.


** Dan selepas Rukun ke-5 iaitu Keyakinan, selepas itu ianya sebenarnya akan 'cycle' semula ke tangga  pertama iaitu Isi Pokok Badan. kitaran itu akan sentiasa berada dalam diri pengamal PG. Tapak Tunggal sebenarnya dan ianya tidak lagi terletak dalam tangga-tangga atau tahap-tahap tertentu... 


CAHAYA & PG. Tapak Tunggal

Apa itu Cahaya??? Cahaya adalah merupakan sebuah radiasi yang dapat dilihat oleh mata manusia. Cahaya merupakan gelombang eloktromagnetik, iaitu gelombang yang getarannya adalah medan listrik dan medan magnet. Cahaya bergerak dalam satu laluan lurus dan tidak akan terbelok dengan tidak semena-mena. Menurut jenisnya, cahaya dibezakan menjadi 2 kategori besar iaitu cahaya yang nampak (dengan mata kasar) dan cahaya yang tidak nampak (dengan mata kasar). Cahaya 'nampak' pula terbahagi menjadi 2 iaitu monokromatik dan polikromatik. Benda yang tidak dapat memancarkan cahayanya sendiri disebut benda gelap atau legap, Sedangkan benda yang dapat memancarkan cahayanya sendiri disebut sumber cahaya. Sumber utama cahaya adalah matahari. Matahari merupakan cahaya bagi kehidupan manusia di bumi. Perkiraan jarak antara bumi dan matahari adalah 149.600.000 km dari bumi. Matahari juga disebut bintang, karena sumber cahaya  itu terkandung di dalam matahari itu sendiri, yang mana sumber cahaya merupakan suatu 'energy' atau tenaga dan kebiasaannya digelar 'tenaga cahaya'. Sifat-sifat pada cahaya yang asas dan biasanya kita sememangnya mengetahui iaitu cahaya bergerak dalam laluan yang lurus, cahaya dapat dipantulkan, serta cahaya dapat dibiaskan. Cahaya dapat merambat lurus apabila pancaran cahaya tidak terhalang oleh suatu benda yang dapat menghalang pancaran cahaya yang bergerak lurus itu. 

                     Apa yang pastinya, cahaya merupakan suatu sumber yang terang dan adakalanya boleh menyakitkan dan mempunyai unsur penyilauan. Cahaya bukanlah sama semuanya, ianya didatangi dengan pelbagai jenis dan peringkat malah cahaya dikategorikan ialah zarah-zarah seni yang berkelajuan terhad juga dalam pelbagai quantum. Saintist-saintist barat selalu mengkaji perihal cahaya ini dan mengklasifikasikanya melalui suatu standard yang diterima pakai sedunia dan menjadi bahan kajian bagi pelbagai jenis manfaat dan kegunaan contohnya seperti cahaya ALPHA, cahaya BETA, cahaya GAMMA cahaya X-RAY, ELEKTROMAGNETIK dan lain-lain. 

                    Selain itu ada jenis-jenis cahaya amat membahayakan. Ada cahaya yang dapat menimbulkan penyakit secara tidak langsung dan ada juga yang dapat menimbulkan penyakit secara langsung. Selain itu ada jenis cahaya yang dapat menembusi halangan atau tidak dapat menembusi halangan dari sehelai kertas malah sehingga kepada sekeping Titanium nipis.


Dapat menimbulkan penyakit secara langsung - cth penyinaran radioaktif (amat berbahaya dan boleh mati dalam masa 3 hari)
Menimbulkan penyakit secara tidak langsung - cth sinar X-Ray dan sinar UV
Dapat menembusi halangan ringan- cth sinar BETA
Dapat menembusi halangan berat - cth sinar GAMMA (dapat menembusi besi dan kayu juga amat berbahaya)
yang tidak dapat menembusi walau halangan kecil - sinar ALPHA
dapat dilihat - cahaya lampu suluh, cahaya laser
tidak dapat dilihat (dpt dilihat dgn teknologi sains shj) - infra red , sinaran radioaktif
tidak dapat dilihat dengan mata kasar - aura di tubuh manusia, haiwan, cahaya Budi, Malaikat (berunsur cahaya)


             Malah cahaya juga dapat diolah untuk kegunaan atau kemudahan dalam pelbagai bidang spt bidang kedoktoran, kesihatan, perfileman, fotografi, sains, teknologi, dan juga dalam pelbagai bidang lagi. Jadi apa kena mengenanya perihal CAHAYA ini dengan perihal PG. Tapak Tunggal yang sedang kita menanggung ini???


                  seperti keterangan yang sebelum ini mengenai CAHAYA... Cahaya itu dapat diolah,dapat dipantulkan, dapat membakar, dapat menyembuhkan penyakit, dapat memtong sesuatu malah dapat menembusi sesuatu mengikut jenis zarah-zarah sumber cahaya tersebut, begitu hebatnya cahaya itu. ROH dan JASAD pengikatnya ialah NAFAS, dimana tanpa NAFAS, ROH dan JASAD tidak akan dapat menyempurnakan 'tugas'nya di dunia ini.. seperti itu juga tanpa ROH, atau tanpa JASAD.. Jadi dapat disimpulkan disini ialah ketiga-tiganya iaitu ROH, JASAD dan NAFAS memerlukan diantara satu sama lain untuk menjadi manusia yang 'sempurna' hidup di dunia ini.. begitu Maha Hebatnya ciptaan Allah S.W.T ini yang bergelar Makhluk MANUSIA.

                    Mengikut ahli-ahli sufi/tasawwuf, perjalanan nafas itu adalah suatu 'zikir' kepada Allah yang maha pencipta, Nafas jugalah yang menimbulkan nafsu, menjalankan sistem dalaman tubuh badan, melakukan penghadaman, menimbulkan penyakit, juga menjalankan akal berfikir dan banyak lagi kefungsian nafas itu. Bila dikatakan bahawa, di dalam setiap tubuh keturunan Nabi Allah Adam A.S. adalah terkandung NUR iaitu Cahaya bagi panggilan UMUM, maka yang sebenarnya di dalam tubuh manusia itu terkandung berlapis-lapis cahaya yang diberikan oleh Allah S.W.t kepada kita selaku khalifah. Dimana letaknya CAHAYA itu di dalam diri??? itulah ia di dalam NAFAS kita sendiri yang kita sedut seharian, dan NAFAS itu sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat.

Sabda Nabi S.A.W yaitu "Barangsiapa keluar masuk nafas dengan tiada zikir ALLAH maka sia-sialah ia". 

              Apa-apa amalan yang dilakukan seperti berzikir, bersolat, membaca Al-Quran, bermujahadah, melakukan kebaikan akan dilimpahkan NUR kepada dirinya. Malah Allah S.W.T. tidak pernak sekali-kali lokek untuk melimpahkan NUR NYA kepada manusia yang sentiasa beramal dan melakukan kebaikan. Banyak dalil yang mengatakan bahawa Allah S.W.T. melimpahkan kemuliaan kepada hambaNYA yang beramal Soleh. MULIA atau KEMULIAAN itu adalah sebenarnya NUR yang ibarat sebuah mentol yang bercahaya terang benderang di dalam gelap gelita pekat malam, ianya menjadi daya tarikan dan simbol juga dihormati para Malaikat dan juga digeruni para JIN dan Syaitan juga sekutunya.

Jadi, amalan PG. Tapak Tunggal yang di dalamnya terkandung amalan JURUSAN adalah merupakan amalan yang merupakan suatu gerak langkah yang dapat menimbulkan cahaya atau NUR di dalam diri. CAHAYA terhasil dan terkandung pada NAFAS kita, yang mana NAFAS itu tadi iaitu NUR itu tadi digunakan sebagai 'self-defence system' di dalam diri dan dapat digunakan sebagai pukulan-pukulan dan juga membantu mereka-mereka yang terlibat dalam sakit mistik yang tidak dapat diselesaikan oleh pakar kedoktoran sains perubatan. Kerana itu ahli-ahli disarankan supaya memperbanyakkan BERJURUS dan tidak lupa untuk melakukan amalan-amalan yang baik dan diredhai olehnya supaya NUR di dalam diri saling mengukuh di antara satu sama lain menjadikan ianya berlapis-lapis dan diangkat sebagai orang yang mulia, Insyaallah.

          Jadi secara kesimpulannya, cahaya itu boleh dibentuk, dipotong, dan diolah mengikut keperluan semasa. ianya sama seperti JURUSAN. Setiap satu Jurusan, mempunyai kekuatannya tersendiri dan pengeluaran cahaya yang berlainan. itu semua akan dikupas kemudian pada post yang akan datang, Insyaallah. Setiap satu langkah berbeza dengan satu langkah yang lain, dimana itu menunjukkan dimana CAHAYA yang pada diri kita itu tadi diaplikasikan mengikut kehendak atau bentuk Jurusan yang kita lancarkan. 


CAHAYA <====> JURUSAN <=====> CAHAYA


          dari rajah di atas menunjukkan dimana Jurusan itu menimbulkan cahaya yang terang dan cahaya yang terang adalah berpunca hasil dari Jurusan yang dilakukan. kedua-duanya mempunyai kaitan yang amat kuat. Beramallah kita semoga kita dilimpahkan kemuliaan (NUR/CAHAYA) pada diri kita selagi masih kita berNAFAS!!!

fikir-fikirkanlah...........................................................................!!


TAKABBUR

           Perkataan /  prilakuTAKABBUR  mengikut maksudnya dan pengistilahan bahasa ialah seseorang yang berlagak atau angkuh dalam sesuatu perkara dan dalam sesuatu keadaan, meninggi diri dan merasa dirinya sahaja yang lebih dari orang lain dalam apa-apa perkara. Maka jelaslah disini sifat riak itu tadi ialah salah satu sifat Mazmumah yang memang tidak disukai dan ianya bukanlah menjadi ajaran dalam agama ISLAM itu sendiri. sepertimana yang penulis paparkan di bawah ini melalui beberapa sumber yang boleh dipercayai termasuk kitab hadis dan Al-Quran::

-- Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan AMALAN seseorang iaitu antaranya ialah takbur atau sombong(RIAK)

-- Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, AMALAN tidak mempunyai erti.

-- Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)

-- riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada AMALAN. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan.

-- Allah tidak akan menerima suatu AMALAN yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak. Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya.

-- Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

-- Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak.” (Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)


______________________________________________________________________________________

          Maka jelaslah disini bahawa, apa yang dimaksudkan dgn TAKBUR itu, sgt dimurkai Allah S.W.t, malah dapat menghancurkan amalan. Maksud menghancurkan amalan mengikut prinsip dlm PG. Tapak Tunggal ialah, tak menjadi lah amalan itu semasa kita hendak menggunakannya... pada bila masa amalan PG. Tapak Tunggal digunakan???
                 
               Sebelum ini kita sering mendengar bahawa amalan Budi Suci Sejati yang sedang kita menanggung ini tiada pantang larangannya. Isu pantang larang di dalam keilmuwan PG. Tapak Tunggal itu sendiri sangat luas pengertiannya, dan kita akan huraikan mengenainya kelak. Yang sebenarnya amalan Budi Suci Sejati ini bukanlah tiada pantangnya tetapi ayat yang lebih tepat lagi ialah 'menghindarkan' iaitu 'menghindarkan' suatu perkara yang khusus dalam beramal kerana Allah S.W.t.

                  Dalam kerahsiaan amalan ini, ianya digelar suatu amalan menghindarkan diri dari SEGALA kezaliman.. maksud segala KEZALIMAN disini ialah seperti yang zahir iaitu pergaduhan, ragut, perlanggaran dan lain-lain. yang dimaksudkan kezaliman yang batin pula ialah seprti santau, tuju-tuju, kerasukan, 'terlangkah', penipuan, fitnah dan lain-lain. Apabila dikatakan ianya suatu amalan untuk menghindarkan SEGALA KEZALIMAN, maka sudah tentu amalan ini sendiri memupuk nilai-nilai murni dalam norma-norma kehidupan. Sebagai seorang ahli yang mengamalkan PG. Tapak Tunggal dan sudah tentu beragama islam, sudah tentu kita disarankan supaya berbuat baik kepada orang lain dan tidak menzalimi sesama makhluk dan sesama manusia begitu juga dengan diri sendiri.  Orang yang sentiasa beramal dengan ikhas kerana Allah S.W.t sudah tentu menjauhi perkara-perkara yang membatalkan 'keikhlasannya' beramal kerana Allah S.W.t. Ikhlas lawannya Riak. Jadi bagi mereka yang riak di dalam beramal sudah tentu tidak termasuk di dalam ikhlas kerana Allah S.W.t. Untuk nak menjadi seorang yang benar-benar ikhlas juga yang Ikhlas di sisinya juga memerlukan kesabaran dan penghayatan yang tinggi dalam sesuatu amalan itu.

                        mengikut dalil dari sumber hadis dan Al-Quran, Sifat riak dan Takabbur itu membatalkan amalan, tidak kira amalan apa sekalipun. Malah, ianya boleh menghancurkan sesebuah amalan. Termasuk juga dengan amalan Budi suci Sejati. Mengikut konsep ASAS amalan PG. Tapak Tunggal, kita beramal dan berJURUS dengan amalan Budi Suci sejati adalah 'mencipta cahaya'. Cahaya yang tercipta itu dapat menghindarkan diri dari SEGALA KEZALIMAN. Maka, bila sifat Riak telah menguasai diri, NUR di dalam diri itu tadi akan terbatal dengan sendirinya. Sia-sia sahajalah amalan yang kita lakukan, malah segala amalan kita yang Harus, Sunat ataupun Wajib akan terbatal sama mengikut keadaan dan kesesuaian Riak dan Takabbur pada waktu itu. Kerana itu Amalan PG. Tapak Tunggal itu sendiri menekankan konsep merendah diri dan kesederhanaan senantiasa maka, datangnya sifat merendah diri dan takut kerana Allah dan akan timbulnya sifat Ikhlas yang akan meliputi diri si pengamal itu tadi.

                     Tetapi tidaklah hilang sesebuah amalan itu, termasuk amalan PG. Tapak Tunggal, Jika kita menyedari bahawa pada waktu itu sifat takabbur menguasai diri, maka, cepat-cepat kita bermuhasabah diri, dan turunkan sifat Riak di dalam diri kita, Insyaallah amalan yang kita kerjakan dan NUR yang terpancar hasil dari JURUSAN yang kita lakukan akan kembali kepada keadaan asal dan normal seperti sediakala.

                     Contoh yang paling baik, jika berlaku apabila kita ketemu dengan musuh yang sedang mengancam kita, maka, dengan penuh YAKIN dan merendah diri, kita YAKIN bahawa Ilmu yang kita pelajari itu Insyaallah akan menjadi. tidak perlu kita Riak dan Takabbur untuk membuktikan bahawa diri kita mempunyai ilmu yang mampu menumbangkan musuh dengan hanya satu jurusan dan satu pukulan. Bila itu berlaku, sudah tentu Riak menguasai diri dan kemungkinan besar apa yang kita nak perbuatkan akan tidak berhasil sama ada menumbangkan musuh dari jarak jauh atau menghindarkan musuh dari menyentuh kita. Perlu diingat, segalanya adalah di bawah ketentuan Allah S.W.t, Dia yang mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku dan dia yang mengizinkan sesuatu ilmu itu menjadi, jika kita ikhlas dan sentiasa dalam berkeadaan merendah diri, maka, Insyaallah segala ilmu yang dipelajari akan diberkati dan menjadilah ia pada masa itu, kemungkinan penyerang atau musuh yang penuh zalim itu akan mendapat bahagiannya yang tertentu tanpa dapat mencederakan kita dan juga mengapa=ngapakan kita.

                 Ikhlaslah anda semua dalam beramal, kerana sifat riak dan Takbur itu sendiri adalah membatalkan amalan anda. nasihat ini untuk diri hamba dan juga bagi anda semua sebagai seorang pengamal PG. Tapak Tunggal, insyaallah..       

ILMU TOTOK PG. Tapak Tunggal

Ilmu  totok memiliki tumbuh spektakuler di dunia. Selama periode awal ini Ekspansi ada bahan sumber minim tersedia.
         China tegas ditutup untuk akses oleh siswa dari Cina kedokteran,  dan penerjemah bahkan lebih sedikit yang terampil dalam sulit tugas rendering terminologi pengobatan Cina ke dalam bahasa lain. Sebagai hasil dari kesulitan-kesulitan ini itu tidak mudah untuk memperoleh pemahaman tentang asli dan bervariasi tradisi klasik totok, dan ada pasti banyak kesalahpahaman dan banyak Penemuan diperlukan untuk mengisi kesenjangan.
          Selain faktor-faktor ini, Totok adalah memaafkan sebuah dan ilmu pengetahuan sangat fleksibel . Di praktek saat seluruh dunia, ada sangat besar variasi dalam pemilihan titik. Memang ini 'ketidakjelasan' tidak terbatas pada dunia Barat. Dalam modern dan Clas tradisi Cina sical ada juga variasi besar dalam memahami dan memprediksi titik yang berbeda, dan berbagai macam cara untuk mengobati penyakit yang berbeda. Variasi seperti dalam praktek mempertanyakan gagasan bahwa ada kriteria universal yang disepakati untuk memilih poin. Ini adalah pemikiran yang mengganggu, terutama di usia dan budaya yang menyerukan kepastian, dan merupakan salah satu yang tidak bisa dipertimbangkan panjang lebar dalam halaman ini. Ini adalah keyakinan PG. Tapak Tunggal, Namun, bahwa hal yang terdekat ke badan tujuan pengetahuan teoritis dan klinis ditemukan dalam Tradisi klasik China

        Fakta sederhana adalah bahwa deskripsi penyakit dalam teks-teks Cina klasik sering berbeda dari yang modern Model Barat, dan belum dapat menyampaikan secara akurat klinis realitas. 

PROFIL PERSAHABATAN GERAK TAPAK TUNGGAL


Melihat dari makna PERSAHABATAN GERAK TAPAK TUNGGAL itu sendiri bermakna sinar keselamatan yang tentunya akan sangat berguna untuk kehidupan kita di masa sekarang. Dengan mengolah Tenaga yang kita punyai sejak lahir kita akan mampuh melakukan penyaluran energi yang dapat digunakan untuk pengobatan penyakit sampai dengan perlindungan diri kita akan tetapi pada dasarnya kita juga harus mampuh mendekatkan diri kepada ALLAH SWT

Keilmuan di PERSAHABATAN GERAK TAPAK TUNGGAL meliputi berbagai macam, seperti :

1. Jurus  Pokok
2. Kekutan Batin
3. Pengobatan
4. Kebatinan
5. dan aplikasi yang lain


Persyaratan menjadi Peserta Didik :


1. Pria/wanita

2. Umur 12 Tahun keatas

3. Berperilaku Baik

4. Mau meluangkan waktu untuk Latihan

5. Menghormati pelatih /Guru

6. Mentaati Pelatih / Guru

7. Selalu Mengikuti kenaikan tingkat.

8. Sanggup mengikuti kegiatan.

9. Dilarang melakukan yang dilarang agama atau negara

10. Dilarang menaruh rasa benci ( bermusuhan ) dengan sesama anggota.

11. Dilarang menggunakan kekuatan keilmuan untuk tindakan kriminal / yang
melanggar hukum pemerintah maupun hukum agama